5
askum kawan2 semua kali ini saya akan sedikit berbagi tentang golongan anti hadis yang mulai marak di aceh,bagi mahasiswa yang memang tidak memiliki pengetahuan yang cukup tentang al-quran dan sunnah akan sangat mudah diperdaya oleh antek2 yahudi dan nasrani tersebut karena perilaku mereka sama seperti yahudi dan nasrani karena memakai sebagian ayat dan membuang sebagiannya...

Mengenal 4 Ragam Golongan Anti Hadis apabila berdalil dengan al-Qur’an.

Sehingga kini kita telah menganalisa dan menjawab 10 hujah Golongan Anti Hadis yang mereka asaskan dari dalil-dalil al-Qur’an. Seterusnya akan disenaraikan pula 10 hujah Golongan Anti Hadis yang mereka asaskan dari dalil-dalil selain al-Qur’an. Sebelum itu ingin penulis bincang dan menggariskan terlebih dahulu 4 ragam dan strategi yang biasa digunakan oleh Golongan Anti Hadis apabila menghujah satu-satu ayat al-Qur’an sebagai dalil. Ini adalah penting supaya para pembaca dapat mengenal pasti ragam, taktik, strategi dan muslihat Golongan Anti Hadis apabila mereka berhujah dengan al-Qur’an, sama ada masa kini atau akan datang. Tidak dinafikan adakalanya ayat-ayat al-Qur’an yang dihujahkan oleh Golongan Anti Hadis nampak benar lagi meyakinkan. Akan tetapi jika kita sedia mengetahui taktik dan muslihat mereka, mudah sahaja untuk kita “menangkap” kebatilan yang terdapat dalam hujah tersebut. Berikut adalah 4 ragam dan muslihat yang dimaksudkan:


[1] Terjemahan tanpa teks Arab.

Ragam Golongan Anti Hadis yang pertama adalah menghujahkan ayat-ayat al-Qur’anul Karim berdasarkan terjemahannya sahaja tanpa disertakan teks Arab yang asal. Ini menyukarkan kita untuk menyemak kebenaran terjemahan dan hujah-hujah yang mereka asaskan dari ayat tersebut. Contohnya adalah terjemahan ayat 44 hingga 49 surah al-Maidah yang dilakukan oleh Rashad Khalifa (lihat hujah ke-9). Oleh itu setiap ayat al-Qur’an yang dihujah oleh Golongan Anti Hadis wajib kita semak terjemahannya dengan teks Arab yang asli atau dengan mana-mana kitab terjemahan dan tafsir yang diiktiraf.

[2] Menarik dan memaksa tafsiran ayat al-Qur’an.

Apabila teks Arab al-Qur’an diterjemahkan, ia kehilangan segala nilai-nilai ketepatan bahasa dan nahu (grammar) yang membuatkannya tidak lagi tepat sebagai sumber rujukan. Dengan ini mudahlah bagi Golongan Anti Hadis menarik dan memaksa terjemahan ayat-ayat tersebut supaya selari dan secocok dengan fahaman mereka. Akhirnya peranan asal al-Qur’an sebagai kitab yang memimpin dan menunjuk telah berubah kepada kitab yang dipimpin dan ditunjuk. Ini sebenarnya pernah digambarkan sendiri oleh Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam 1400 tahun yang lalu dengan sabdanya:

al-Qur’an adalah pemberi syafaat yang diterima syafaatnya dan pembantah (penghujah) yang dibenarkan. Barangsiapa yang meletakkan al-Qur’an di hadapannya maka dia akan dipimpin ke syurga dan barangsiapa yang meletakkan al-Qur’an di belakangnya maka dia akan ditolak ke neraka.[3]

Bagi menangani ragam Golongan Anti Hadis ini, setiap hujah dan tafsiran mereka wajib kita kaji dan bandingkan dengan mana-mana kitab tafsir yang muktabar. Seandainya kekurangan bahan rujukan maka bertanyalah kepada mereka yang ahli dalam bidang tafsir. Tidak perlu bertanya kepada Golongan Anti Hadis kerana mereka bukanlah ahli bidang tafsir.

[3] Menjadikan al-Qur’an sebagai kamus bahasa Arab.

Ragam ketiga Golongan Anti Hadis adalah menjadikan kitab al-Qur’anul Karim sebagai satu-satunya kamus bahasa Arab. Sebagaimana yang telah diterangkan sebelum ini (lihat jawapan bagi hujah ke-6), kitab al-Qur’anul Karim tidak diturunkan oleh Allah Subhanahu waTa’ala kepada manusia untuk dijadikan sebuah kamus. Al-Qur’an boleh digunakan sebagai salah satu sumber rujukan bagi mengetahui dan memahami pengertian sesuatu perkataan Arab dan cara menggunakannya tetapi ia tidak boleh dimutlak sebagai sebagai satu-satunya kamus dan penjelas bahasa Arab. Melakukan sedemikian bererti kita telah memaksa al-Qur’an kepada satu tanggung-jawab yang tidak ia dipertanggungkan pada asalnya.

[4] Memilih ayat yang secocok, mendiamkan ayat yang bertentangan.

Ragam keempat yang sangat masyhur di kalangan Golongan Anti Hadis adalah menghujahkan sebahagian ayat dan mendiamkan sebahagian lain. Ayat yang secocok dengan fahaman mereka dijadikan hujah manakala ayat yang tidak secocok dan bertentangan didiamkan. Terdapat banyak bukti dan contoh sepertimana yang telah dibahas dalam menjawab hujah-hujah mereka sebelum ini.

Tindakan Golongan Anti Hadis ini adalah mirip kepada tindakan kaum Yahudi dan Nasrani yang sering menyembunyikan ayat-ayat dalam kitab Taurat dan Injil masing-masing apabila ayat tersebut tidak secocok dengan kehendak mereka. Al-Qur’anul Karim telah beberapa kali menyinggung sikap seperti ini:

Maka patutkah kamu hanya percaya kepada sebahagian (dari isi) Kitab Taurat dan mengingkari akan sebahagian yang lain ?

Maka tiadalah balasan bagi orang yang berbuat demikian itu dari antara kamu, selain dari kehinaan ketika hidup di dunia, dan pada hari kiamat akan ditolak mereka ke dalam azab seksa yang amat berat. Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan. [al-Baqarah 2:85]

Dan orang-orang yang Kami berikan Kitab, mereka bersukacita dengan apa yang Kami turunkan kepadamu (wahai Muhammad) dan di antara beberapa kumpulan dari orang-orang itu ada yang mengingkari sebahagiannya. [ar-Ra’d 13:36]

Samalah seperti Kami menurunkan (Kitab-kitab) kepada orang-orang yang membahagi-bahagi; (Iaitu) mereka yang menjadikan Al-Quran terbahagi kepada beberapa bahagian (lalu mereka percaya kepada sebahagian dan menolak sebahagian yang lain). [Hijr 15:90-91]

Jika Golongan Anti Hadis menyengajai perbuatan menghujahkan sebahagian ayat dan menyembunyikan sebahagian lain, maka mereka menepati sifat-sifat yang ditegur dan disinggung oleh ayat-ayat a-Qur’an di atas. Akan tetapi jika Golongan Anti Hadis tidak menyengajainya kerana tidak tahu atau terlepas pandang (overlook) maka dinasihatkan agar lebih berhati-hati di masa akan datang.

Ayat-ayat di dalam kitab al-Qur’anul Karim sengaja disusun oleh Allah Subhanahu waTa’ala secara berselerak dan tidak seragam. Hikmahnya ada beberapa, antaranya:

[1] Supaya pembaca al-Qur’an tidak pernah jemu membacanya. Setiap kali dibaca mana-mana surah atau mana-mana bahagian, pasti akan ditemui kisah, ajaran dan peringatan yang berbeza.

[2] Supaya menarik para pengkaji al-Qur’an kepada menganalisa dan membanding antara ayat-ayatnya dengan mendalam sehingga tiada siapa yang dapat menjadi pakar al-Qur’an kecuali mereka yang paling tajam lagi meluas penguasaannya terhadap keseluruhan ayat-ayat al-Qur’an.

Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam selaku seorang guru al-Qur’an telahpun menerangkan bahawa ayat-ayat al-Qur’an pada zahirnya memang kelihatan berselerak, tetapi tidaklah ia saling bertentangan atau menyanggahi antara satu sama lain, malah ia sebenarnya saling menyokong, melengkap dan menyempurnakan. Beliau pernah melihat para sahabat di satu ketika berselisih pendapat tentang beberapa ayat, lalu pantas ditegurnya:

Sebentar wahai kaumku ! Dengan tindakan seperti itulah umat-umat sebelum kalian menjadi binasa. Mereka menentang Nabi-nabi mereka dan mempertentangkan sebahagian isi kitab dengan sebahagian yang lain.

Sesungguhnya al-Qur’an tidak diturunkan dalam keadaan sebahagian isinya mendustakan sebahagian yang lain, tetapi sebahagian isinya membenarkan sebahagian yang lain. Maka apa yang kamu ketahui darinya – amalkanlah dan apa yang tidak kamu ketahui darinya maka kembalikanlah (rujuklah) kepada orang yang mengetahuinya.[4]

Al-Qur’an adalah umpama tubuh badan manusia. Manusia hanya dapat dikatakan sebagai manusia apabila diambil kira semua anggota dan organ-organnya. Manusia tidak dapat dikatakan sebagai manusia jika ia hanya diwakili oleh lidah, sepotong tangan dan sebelah kaki sahaja. Demikian juga al-Qur’an, sesuatu rumusan tidak dapat dikatakan sebagai rumusan al-Qur’an jika ia hanya berdasarkan satu atau dua patah ayat sahaja. Rumusan al-Qur’an yang sebenar adalah apa yang didasarkan kepada seluruh ayat-ayat dan ajaran al-Qur’an.[5]

Setiap ayat yang diperhujahkan oleh Golongan Anti Hadis wajib, dikaji maksud sebenarnya berdasarkan keseluruhan al-Qur’an, sama ada dengan merujuk kepada kitab-kitab tafsir yang muktabar atau dengan bertanya kepada mereka yang pakar dalam keseluruhan ajaran kitab al-Qur’anul Karim. Atau sebagai tindakan yang lebih baik, hendaklah para pembaca sendiri yang mempelajari dan mengenal seluruh ayat-ayat al-Qur’anul Karim: maksud, tujuan dan pengajarannya.

Tidak dinafikan terdapat beberapa orang dari kalangan Golongan Anti Hadis yang lebih mengenal dan menguasai al-Qur’an dari kita semua, hasil dari kajian dan bacaan mereka sendiri. Sedangkan kita pula hanya mengenali al-Qur’an sebagai sesuatu yang dibaca kepada orang mati, amalan malam Jumaat, hadiah hantaran perkahwinan dan gambar hiasan dinding. Maka sudah tiba masanya untuk kita berubah pandangan dan sikap terhadap al-Qur’an, dari apa yang lazim kita lakukan kepada sesuatu yang menepati tujuan penurunannya, iaitu sebagai sebuah kitab yang menjadi sumber iktibar, keinsafan, petunjuk, pengajaran dan penghujahan.

bagi kawan yang ingin lebih tau tentang golongan anti hadis laknatullah ini, download ebook i bawah ini:
Download ebook

Post a Comment

  1. terima kasih sobat....you are de best

    ReplyDelete
  2. tmaksih untuk infonya..
    sunnguh bermanfaat.

    ReplyDelete
  3. terima kasih...mohon follow ya kalau bisa,dan mohon sarannya...heheeh

    ReplyDelete
  4. Sudah-sudahlah anda mempergunakan nama baginda nabi untuk kepentingan golongan anda.... hentikanlah.....

    ReplyDelete

 
Top